Wakaf Tunai Perubatan

Wakaf perubatan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur dan prasarana perubatan. Bagi tahun 2019-2020, pihak Majlis Agama Islam Melaka mensasarkan untuk membeli sebanyak 10 unit mesin rawatan dialisis bagi kegunaan rawatan pesakit-pesakit dialisis. Umum mengetahui bahawa sakit buah pinggang merupakan antara penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Jesteru, dengan adanya mesin-mesin yang diwakafkan ini, akan membantu memberikan khidmat rawatan dialisis pada kos yang lebih minimal.

Mesin hemodialisis yang diwakafkan akan ditempatkan di panel dialisis MAIM, hospital-hospital kerajaan yang menjalankan operasi dialisis dan juga pusat hemodialisis yang merawat pesakit yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Melaka.

Kos bagi pembelian mesin hemodialisis sebanyak 10 unit ini adalah sebanyak RM 400,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ratus Ribu)

Kos projek : RM 400,000.00

Wakaf Sekali

Anda boleh membuat pembayaran terus ke MAIM melalui kaedah seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Pusat Islam, Majlis Agama Islam Melaka.
  2. Akaun bank MAIM secara bank transfer menerusi perbankan Internet, atau
  3. bank transfer di mesin ATM, atau
  4. secara deposit tunai di mesin deposit tunai (CDM).
  5. Pembayaran secara atas talian melalui https://melakapay.melaka.gov.my/ 
  6. Pembayaran melalui QR Code

Selepas anda selesai membuat pembayaran, sila e-mel butiran lengkap pembayaran anda ke [email protected] untuk membolehkan kami memproses bayaran anda seperti :

Nama :
No Kad Pengenalan:
No Telefon :
Alamat :

Maklumat Bank :

Nama Akaun : Saham Wakaf
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 0401 5010 0174 34