Portal dan aplikasi MelakaPay adalah pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan pembayaran elektronik untuk rakyat Melaka.

Sehubungan itu, Majlis Agama Islam Melaka merupakan salah satu agensi yang telibat bagi pelaksanaan pembayaran

untuk wakaf tunai dan fidyah secara atas talian. 

Oleh itu, sekiranya ingin membuat pembayaran boleh layari portal MelakaPay seperti berikut : https://melakapay.melaka.gov.my/

Daftar sekarang dan nikmati kemudahan membayar bil-bil anda melalui portal MelakaPay, pusat sehenti anda untuk bil dan pembayaran.

Menyantuni pewakaf yang berbesar hati mewakafkan sebahagian harta mereka demi maslahat, manfaat dan berkongsi pahala bersama umat Islam khususnya di negeri Melaka.