Majlis Penyerahan Kupon Wakaf

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Wakaf : Satu Amal Mencipta Sejuta Manfaat | 23 Syaaban 1442H | 6 April 2021 | -::
Majlis penyerahan kupon fitrah dan saham wakaf kepada amil-amil zakat fitrah negeri Melaka bertarikh 6 April 2021 yang diadakan di Dewan Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang melibatkan seramai 209 orang ketua amil di negeri Melaka.
Antara pengisian program iaitu penerangan berkenaan promosi kepada semua ketua amil yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khabir bin Abdul Karim, Ketua Unit Promosi MAIM. Setiap amil diperuntukkan kupon saham wakaf bernilai RM 2.00, RM 5.00 dan RM 10.00 untuk di promosikan sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga dengan komitmen semua amil yang telah dilantik akan dapat membantu pihak MAIM dalam meningkatkan kutipan wakaf disamping membantu dalam pembangunan sosioekonomi ummah Islam di negeri Melaka.
……………………………………………………………
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal : http://iwakaf.maim.gov.my/ dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.