Wakaf Tunai Masjid, Surau dan Madrasah

Wakaf ini mengkhususkan kepada pengambilan/pembelian tanah bagi pelbagai tujuan seperti tapak masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan Islam. Penyediaan wakaf bagi tujuan ini mensasarkan untuk membantu menyediakan kemudahan ibadah yang selesa kepada umat Islam di seluruh Negeri Melaka. Ia melibatkan pewujudan wakaf wakaf baharu dan juga penambahbaikan prasarana wakaf sedia ada.

Terdapat keperluan untuk pengambilan atau pembelian tanah bagi tapak masjid baru Klebang Besar dan Masjid Kampung Pegoh yang melibatkan kos :

i) Masjid Baru Klebang Besar (Keluasan 3 Ekar) 

Sasaran Kutipan : RM 3,397,680.00 (Nilaian Tahun 2020)
Kutipan Terkumpul Setakat 27 April 2021 : RM 1,288,687.33

ii) Masjid Kampung Pegoh (Keluasan 9000 kaki persegi)

Sasaran Kutipan : RM 125,000.00 (Nilaian Tahun 2017)

Kutipan Terkumpul Setakat 12 April 2021 : RM 125,448.00

Dengan sumbangan wakaf yang dibuat, akan sama-sama membantu kariah dalam mengambil dana untuk menampung kos tanah sebelum tapak tersebut dimanfaatkan untuk pembinaan masjid, surau, sekolah agama atau tanah perkuburan Islam.

Cara Berwakaf

Anda boleh membuat pembayaran terus ke MAIM melalui kaedah seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Pusat Islam, Majlis Agama Islam Melaka.
  2. Akaun bank MAIM secara bank transfer menerusi perbankan Internet, atau
  3. bank transfer di mesin ATM, atau
  4. secara deposit tunai di mesin deposit tunai (CDM).
  5. Pembayaran secara atas talian melalui https://melakapay.melaka.gov.my/ 
  6. Pembayaran melalui QR Code

Selepas anda selesai membuat pembayaran, sila e-mel butiran lengkap pembayaran anda ke sistemwakaf@maim.gov.my untuk membolehkan kami memproses bayaran anda seperti :

Nama :
No Kad Pengenalan:
No Telefon :
Alamat :

Maklumat Bank :

Nama Akaun : Saham Wakaf
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 0401 5010 0174 34