Wakaf Tunai Pembangunan

Wakaf pembangunan ini mensasarkan untuk merancakkan pembangunan wakaf-wakaf fizikal di Negeri Melaka. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) saban tahun menerima tanah-tanah wakaf baharu di Negeri Melaka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab MAIM untuk membangunkan tanah-tanah ini untuk dimanfaatkan oleh penerima manfaat wakaf yang ditentukan oleh Waqif.

Bagi tahun 2019-2020, pihak MAIM telah mengenalpasti sebidang tanah wakaf untuk dibangunkan iaitu di Lot PT 2069 Mukim Semabok di atas tanah seluas 1.800 ekar. Projek ini meliputi pembinaan sebuah Kompleks Perubatan Islam yang dikelolakan oleh pihak MAIM. Kos Projek dianggarkan berjumlah RM 30,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Juta) melibatkan pembinaan sebuah Kompleks Perubatan Islam, Pusat Rawatan Islam (alternatif), klinik pergigian dan lain-lain kemudahan. 

Cara Berwakaf

Anda boleh membuat pembayaran terus ke MAIM melalui kaedah seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Pusat Islam, Majlis Agama Islam Melaka.
  2. Akaun bank MAIM secara bank transfer menerusi perbankan Internet, atau
  3. bank transfer di mesin ATM, atau
  4. secara deposit tunai di mesin deposit tunai (CDM).
  5. Pembayaran secara atas talian melalui https://melakapay.melaka.gov.my/ 
  6. Pembayaran melalui QR Code

Selepas anda selesai membuat pembayaran, sila e-mel butiran lengkap pembayaran anda ke [email protected] untuk membolehkan kami memproses bayaran anda seperti :

Nama :
No Kad Pengenalan:
No Telefon :
Alamat :

Maklumat Bank :

Nama Akaun : Saham Wakaf
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun : 0401 5010 0174 34