Majlis Perasmian Penutup Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Seminar Kesedaran Wakaf |19 Rabiulakhir 1445H | 3 November 2023  | -::

Majlis Perasmian Penutup Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri yang juga Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Rahmad bin Mariman..
Juga diserikan dengan ceramah wakaf oleh Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd, Ybhg Datuk Dr. Zahazan bin Mohamed…
Turut disampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta kuiz wakaf secara dalam talian…Tahniah diucapkan kepada semua…
Sama-sama kita fahami peranan dan besarnya nikmat berwakaf…mulakanlah sekarang kerana kesenangan di akhirat impian setiap umat Islam…
Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” – Surah al-Baqarah ayat 261.

Amalan berwakaf kini lebih mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui QR Code atau portal https://melakapay.melaka.gov.my/

#JomBerwakaf
#WakafMenjanaEkonomiUmmah
#SatuAmalSejutaManfaat
#UntungDuniaUntungAkhirat