Menyantuni Pewakaf Daerah Melaka Tengah

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Menyantuni dan Merisik Khabar Pewakaf Daerah Melaka Tengah | 9 Jamadilawal 1445H | 22 November 2023 | -::

Menyantuni pewakaf yang berbesar hati mewakafkan sebahagian harta mereka demi maslahat, manfaat dan berkongsi pahala bersama umat Islam khususnya di negeri Melaka.
– Puan Aminah Binti Neemat telah mewakafkan sebuah rumah milik beliau di atas lot 1718 Mukim KB 5, Daerah Melaka Tengah.
– Seterusnya menyantuni Datuk Muhamad Bin S Ahmad yang telah mewakafkan 2 lot tanah iaitu lot 2049 berkeluasan 14,701.5 kp dan lot 2048 berkeluasan 12,251 kp, Mukim Tanjong Keling bagi tujuan projek ataupun pembangunan berteraskan keagamaan.
– Kami juga menyantuni dan bertanya khabar kepada pewakaf, Puan Rosnah Binti Jantan yang telah mewakafkan tanah di atas lot 1145 berkeluasan 0.1499 ekar dan Haji Rosani bin Haji Othman (Suami Puan Rosnah) yang juga telah mewakafkan sebahagian tanah miliknya di atas lot 1144 berkeluasan 0.2063 ekar, Mukim Duyung bagi tujuan aktiviti pembangunan berteraskan keagamaan (tapak surau baru Bukit Duyung).
Doakan keberkatan dan pahala berpanjangan kepada pewakaf dan MAIM akan memastikan pewakafan ini dapat dimanfaat kepada umat Islam di negeri ini.
Rasulullah SAW bersabda : ” Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” – Riwayat Muslim

……………………………………………………………………………………………………………………….
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal https://melakapay.melaka.gov.my/dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.
 

#JomBerwakaf
#WakafMenjanaEkonomiUmmah
#SatuAmalSejutaManfaat
#UntungDuniaUntungAkhirat