Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Peringkat Zon Selatan

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Menyantuni dan Merisik Khabar Pewakaf Daerah Melaka Tengah | 20 Rabiulakhir 1445H | 4 November 2023 | -::
 
Alhamdulillah hari ini dapat bersama dalam Program Ziarah Kasih Rahmah (ZIKIR) Peringkat Zon Selatan di DUN Ayer Molek.
Bersama hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB. Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Rahmad bin Mariman..
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr Ridzwan bin Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR), Dato’ Selamat bin Paigo. Setiausaha MAIM, Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud juga sama luang masa hadir hari ini..
Kita mulakan dengan program kayuhan prihatin wakaf…
4 buah masjid dan sebuah minyak serta balai raya sebagai destinasi check point kali ini…singgah, sembang santai kejap, santuni asnaf dan sampaikan sumbangan…
– Masjid As Salimin Kariah Kandang
– Pam minyak Petronas Ayer Molek
– Masjid Al Muzaffar Kariah Tambak Paya
– Balai Raya Kampung Surau Batu Paya Dalam
– Masjid Al Khairiyah Kariah Ayer Molek
– Masjid Al Abrar Kariah Balik Bukit.
Alhamdulillah lebih 600 orang hadir memeriahkan kayuhan dan merai kedatangan YB Menteri…
Perjalanan kayuhan sejauh 22 km…semua dapat tamatkan dengan selamat…
Jutaan terima kasih kepada agensi terlibat :
– Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)
– Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR)
– Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
– Jawatankuasa masjid
– Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
– Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
– SWM Corporation
dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung…
Insha Allah semoga program baik ini akan diadakan lagi di masa akan datang…
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat…yang pasti admin kayuh basikal gak ye…kayuh basikal kat gym je…
Rasulullah SWT memberi peringatan mengenai kesihatan dengan bersabda : “Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. – Hadis riwayat Bukhari.
……………………………………………………………………………………………………………………….
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal https://melakapay.melaka.gov.my/dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.