Penyerahan Wakaf Tunai Bagi Pembelian Tapak Masjid

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Wakaf : Satu Amal Mencipta Sejuta Manfaat | 10 Syaaban 1442H | 24 Mac 2021 | -::
Penyerahan wakaf tunai berjumlah RM 80,000.00 dari Tuan Haji Abu Bakar bin Mad Yunus bagi tujuan pembelian tanah bagi Masjid Kampung Pegoh, Mukim Pegoh, Daerah Alor Gajah, Melaka. Turut hadir sama ialah, Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Sharif bin Somathulla dan Ketua Seksyen Wakaf, Cik Joriza binti Jauhari bagi menyempurnakan penyerahan wakaf dan penyampaian cenderahati kepada pewakaf.
……………………………………………………………
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal : http://iwakaf.maim.gov.my/ dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.