PERKONGSIAN ILMU MENGENAI KESEDARAN BERWAKAF

::- | Perkongsian Ilmu Mengenai Kesedaran Berwakaf | Jamadilawal 1445H | 12 Disember 2023 | -::
 
Perbincangan dua hala bersama Ybhg Ustaz Muhammad bin Abdullah yang juga Ikon Wakaf MAIM…
 
Perkongsian ilmu dan perancangan bersama bagi memberi kesedaran tambahan kepada masyarakat Islam di negeri ini peri pentingnya keikhlasan dalam berwakaf…
Insha Allah akan memberi peluang dan ruang kepada umat Islam untuk lebih terbuka hati dalam menunaikan tanggungjawab berwakaf…
Bersama dalam pertemuan mesra ini Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas…
 
Doakan kerjasama dan perkongsian ilmu ini dapat disebar luas lagi di masa akan datang…
Rasulullah SAW bersabda : ” Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” – Riwayat Muslim
……………………………………………………………………………………………………………………….
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal https://melakapay.melaka.gov.my/dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.
 

#JomBerwakaf
#WakafMenjanaEkonomiUmmah
#SatuAmalSejutaManfaat
#UntungDuniaUntungAkhirat