Seminar Kesedaran Wakaf

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Seminar Kesedaran Wakaf |19 Rabiulakhir 1445H | 3 November 2023  | -::

Seminar Kesedaran Wakaf Sempena Sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023M/1445H yang bertempat di Auditorium Al-Azim, Melaka.
 
Program Forum Wakaf bertajuk “Wakaf Satu Pelaburan Abadi” yang dihadiri 3 orang panel iaitu Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Koordinatir Unit Zakat, Wakaf & Sedekah, UiTM Negwri Sembilan, Dr. Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman dan Pegawai Eksekutif Waqaf An Nur Coperation, PU Rahmat Ikhsan.
 
Pelbagai infomasi dan pemahaman kondisi wakaf dikongsikan bersama oleh para panel yang terlibat. Antaranya ialah konsep wakaf bukan sahaja berbentuk aset tidak alih namun telah di implimentasikan kepada wakaf secara tunai dan aset alih.
Program ini dapat meningkatkan kesedaran berwakaf dalam masyarakat Islam dengan kemudahan dan pelbagai platform yang disediakan oleh pihak MAIM. Amalan berwakaf kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui QR Code atau portal https://melakapay.melaka.gov.my/
 
#JomBerwakaf
#WakafMenjanaEkonomiUmmah
#SatuAmalSejutaManfaat
#UntungDuniaUntungAkhirat