Tanah Wakaf Mukim Chinchin

::- | Majlis Agama Islam Melaka | Lawatan Kerja ke Tanah Wakaf | Jamadilawal 1445H | November 2023 | -::
 
Lawatan kerja ke tanah wakaf milik MAIM di atas lot 17586, Mukim Chinchin terletak berhadapan Sekolah Kebangsaan Chinchin (SKC)
Bersama dalam lawatan ini, ADUN RIM, YB Datuk Dira binti Abu Zahar dan Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
Perbincangan dan perancangan awal bagi membina tapak perniagaan berbentuk kiosk untuk penduduk sekitar DUN Rim.
Doakan usahasama ini berjaya..
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : “Api dunia yang kamu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.” – Riwayat Muslim.
……………………………………………………………………………………………………………………….
Masyarakat Islam yang ingin berwakaf, boleh melayari portal https://melakapay.melaka.gov.my/dan juga boleh berbuat demikian melalui : Saham Wakaf Akaun Bank Islam MAIM : (04015010017434).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Wakaf Tunai Melaka, boleh menghubungi kami di talian 06-2837416 / 06-2849809 / 06-2832077.
 

#JomBerwakaf
#WakafMenjanaEkonomiUmmah
#SatuAmalSejutaManfaat
#UntungDuniaUntungAkhirat